Taman hantu ditutup selepas penduduk terganggu dengan jeritan pengunjung

Taman hantu ditutup selepas penduduk terganggu dengan jeritan pengunjung

Pengunjung mendakwa jeritan pengunjung yang pada tengah malam menggangu waktu tidur mereka.

Pengunjung dibawa menaiki trak kuning melalui beberapa laluan seram. (Gambar Facebook)
REMBAU:
Polis mengarahkan sebuah taman berkonsepkan seram di Kampung Pulau Bongek di sini ditutup selepas penduduk mengadu terganggu dengan jeritan pengunjung yang ketakutan.

Ketua Polis Daerah Rembau, Hazri Mohamad berkata, polis menerima aduan penduduk yang terganggu dengan bunyi bising di tapak perniagaan yang dikenali sebagai ‘Misteri Trak Kuning’ antara 9 malam hingga 1 pagi.

Katanya, penduduk terganggu dengan jeritan pelanggan dari kawasan berkenaan hingga menganggu masa rehat dan tidur penduduk kampung.

“Hasil pemeriksaan mendapati perniagaan masih belum memperolehi apa-apa lesen atau permit hiburan daripada pihak berkuasa tempatan (PBT).

“Pemilik perniagaan ini juga akur untuk menutup perkhidmatan mereka,” katanya dalam satu kenyataan semalam.

Menurut laporan Kosmo!, ‘Misteri Trak Kuning’ adalah idea sekumpulan anak muda yang menawarkan pengalaman menyeramkan kepada pengunjung pada setiap hari Jumaat, Sabtu dan Ahad.

Pengunjung akan dibawa menaiki sebuah trak pikap kuning dan melalui kawasan hutan dan dikejutkan dengan kemunculan beberapa `hantu’.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.