
Beliau mendakwa sistem parti gabungan tidak berjaya dan tidak mampu menyatukan rakyat Malaysia.
“Apa yang diperlukan bukanlah pembentukan kacukan politik baharu dan hidra berdasarkan kepentingan dan keahlian kaum atau agama dan di mana kepentingan negara menjadi sekunder.
“Sebaliknya, apa yang diperlukan ialah pendekatan baharu dengan parti komponen (dalam gabungan) membubarkan sendiri dan menubuhkan parti tunggal berbilang kaum yang baharu,” katanya semasa pelancaran buku semalam.
Lim berkata, dua ramuan diperlukan untuk pembentukan parti berbilang kaum.
Pertama, pemimpin parti yang menolak politik etno-agama dan komited untuk mengganggu rangka kerja institusi yang memecahbelahkan dan kedua, tekanan awam.
“Parti tunggal berbilang kaum menjadi fasa pembangunan yang hilang dalam politik Malaysia. Pilihan raya umum akan datang dan selepasnya boleh memberi peluang untuk membetulkannya.”
Semalam, Lim dan Murray Hunter melancarkan dua buku yang mereka tulis bersama – “Dark Forces Changing Malaysia” serta “Malaysia Towards GE15 and Beyond”.
Majlis pelancaran buku itu turut dihadiri veteran DAP, Lim Kit Siang, Pengerusi Parti Sosialis Malaysia, Dr Michael Jeyakumar Devaraj, peguam merangkap aktivis, Siti Kasim, bekas presiden Majlis Peguam, Ambiga Sreenevasan, bekas peguam negara, Tommy Thomas dan pengasas bersama Gerak Independent, Tawfik Ismail.