
Rosnazirah Mohd Naim, 36, dilarikan tiga lelaki tidak dikenali pada 4.10 petang dengan menaiki Toyota Vios.
Ketua Polis Tumpat, Amran Dolah berkata, pihaknya telah menerima laporan kejadian itu dan siasatan lanjut masih dijalankan.
“Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menjejaskan siasatan,” katanya menurut Harian Metro.
Dalam pada itu, waris Rosnazirah yang enggan dikenali berkata, tiga lelaki itu datang ke rumah mangsa sebelum seorang daripada mereka mengetuk pintu dan memberi salam.
“Lelaki itu bertanyakan adakah mangsa bernama Azi (nama panggilan) dan dia mengiyakannya, sebelum mengheretnya keluar dan dimasukkan dalam kereta.
“Tiga lelaki itu turut menunjukkan pistol masing-masing kepada bapa dan anak perempuan mangsa yang berada dalam rumah selain mengugut akan mengapa-apakan mereka jika membuat sebarang tindakan,” katanya.
Jelasnya lagi, bapa mangsa cuba menyelamatkan Azi namun dijuga diacukan sebilah pisau rambo, sekali gus menyebabkan lelaki itu mengalah.
Katanya, daripada maklumat diperolehi, Azi bawa ke Pengkalan Kubor, sempadan negara namun suaminya yang cuba menjejak ke lokasi tersebut gagal menemui.
“Ada penduduk mendakwa melihat seorang wanita dibawa sekumpulan lelaki menaiki bot menuju ke negara jiran, manakala Toyota Vios yang dinaiki turut ditemukan di sebuah pangkalan haram di situ.
“Suami mangsa juga turut menjejakinya hingga ke negara jiran dan masih belum pulang sehingga ke hari ini,” katanya yang turut mengakui Azi tidak mempunyai musuh.
Terdahulu, tular rakaman video kamera litar tertutup (CCTV) dari kediaman mangsa yang berdurasi dua minit 51 saat memaparkan kejadian itu.