Salah guna kuasa babit dana parti RM600,000, 2 bekas pemimpin bahagian Umno direman

Salah guna kuasa babit dana parti RM600,000, 2 bekas pemimpin bahagian Umno direman

Dua lelaki itu direman mulai hari ini hingga 19 Sept untuk disiasat mengikut Seksyen 23(1) Akta SPRM 2009.

Dua bekas pemimpin bahagian Umno tiba di Mahkamah Majistret George Town hari ini.
GEORGE TOWN:
Dua bekas pemimpin bahagian Umno Pulau Pinang direman tujuh hari bagi membantu siasatan atas dakwaan mengeluarkan dana parti berjumlah RM600,000 untuk kegunaan peribadi.

Dua lelaki berusia lewat 50-an dan awal 70-an itu direman mulai hari ini hingga 19 Sept untuk disiasat mengikut Seksyen 23(1) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009 kerana penyalahgunaan kuasa.

Permohonan perintah reman SPRM itu diluluskan majistret Rosnee Mohd Radzuan.

Difahamkan, laporan polis dibuat terhadap dua lelaki itu selepas beberapa pengeluaran didakwa dibuat daripada akaun bank bahagian Umno terbabit.

Dana itu didakwa dipindahkan ke sebuah yayasan pendidikan untuk kegunaan peribadi mereka.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.