
Bagi pertuduhan pertama, Ahmad Azam Mohd Aris, didakwa memfitnah Kua Khai Shyuan dan DGB Asia Berhad, dalam artikel diterbitkan dalam The Edge pada 21 Sept 2020.
Bagi pertuduhan lain, Azam bersama seorang pengarang, Shanmugam Murugasu, yang tidak hadir di mahkamah, didakwa memfitnah Kua, DGB, Trive Property Group Bhd, Metronic Global Bhd dan MNC Wireless Bhd, dalam artikel lain diterbitkan, pada 12 April 2021.
Pertuduhan itu dikenakan mengikut Seksyen 500 Kanun Keseksaan kerana memfitnah, yang memperuntukan hukuman maksimum dua tahun penjara atau denda atau kedua-duanya.
Majistret Nurshahira Abdul Salim mendengar kes pertama, manakala Majistret Zhafran Rahim Hamzah mendengar kes kedua.
Nurshahira membenarkan jaminan RM500 kepada Azam, manakala Zhafran membenarkan jaminan RM2,500. Kedua-dua majistret menetapkan 22 Nov bagi sebutan kes.
Menurut laporan The Edge, Shanmugam tidak hadir di mahkamah kerana berada di luar negara. Akhbar harian kewangan itu melaporkan bahawa kedua-dua pertuduhan membabitkan dua laporan berhubung ‘saham murah’ (nilai kurang RM1 sesaham).
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Farhanah Fuad Faiz manakala defenda diwakili Rajsurian Pillai.