Pasangan dipercayai kekasih ditemui maut dalam kereta

Pasangan dipercayai kekasih ditemui maut dalam kereta

Kedua-duanya ditemui tidak sedarkan diri dalam keadaan kereta berselubung dengan kanvas penutup kereta.

Menurut Ketua Polis Daerah Alor Gajah Arshad Abu, mayat kedua-dua mangsa telah dihantar ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut. (Gambar Facebook)
MELAKA:
Dua individu dipercayai pasangan kekasih ditemukan meninggal dunia dalam sebuah kereta yang diparkir di tepi bangunan Pertubuhan Pemulihan Dalam Komuniti (PPDK) Seri Permata Lubuk China, Alor Gajah hari ini.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah Arshad Abu berkata pihaknya menerima panggilan pada 9.26 pagi tadi daripada orang awam yang mendapati dua individu tidak sedarkan diri di dalam kenderaan terbabit.

Beliau berkata mangsa lelaki berusia 20 tahun, manakala pasangannya merupakan remaja perempuan berusia 16 tahun.

“Ketika ditemukan, keadaan kenderaan berkenaan berselubung dengan kanvas penutup kereta dan enjin kenderaan dalam keadaan mati.

“Mayat kedua-dua mangsa, yang merupakan penduduk tempatan dibawa ke Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut,” katanya dalam satu kenyataan di sini.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.