
Ketua Polis Perak, Mohd Yusri Hassan Basri berkata, mangsa meninggal dunia dikenali sebagai Amirudin Khairudin, 44, dan mayatnya telah dihantar ke Hospital Gerik untuk bedah siasat.
Mangsa yang parah dikenali sebagai Azlan Ali, 40, dan telah dihantar ke Unit Kecemasan Hospital Taiping untuk menerima rawatan, katanya.
“Polis Gerik menerima laporan berkaitan kejadian tersebut pada 3.12 petang dan bergegas ke lokasi untuk menjalankan siasatan. Setibanya di lokasi itu mendapati, seorang lelaki telah mati di tempat kejadian dan seorang lagi cedera parah.
“Kes disiasat di bawah Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957,” katanya dalam satu kenyataan.
Beliau berkata, masyarakat dinasihatkan agar tidak menjalankan sebarang aktiviti menyalahi undang-undang seperti menggunakan bahan letupan bagi tujuan penangkapan ikan dan tidak menyalahgunakan kawasan rekreasi sebagai lokasi aktiviti menangkap ikan.
Difahamkan kedua-dua lelaki itu sedang menangkap ikan ketika kejadian berlaku.