
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin berkata, ciri itu turut akan menyediakan maklumat terkini mengenai semua perkara berkaitan pendermaan organ.
Ketika ini, katanya, terdapat 10,442 individu yang sedang menunggu pemindahan organ di Malaysia.
Menurut Pusat Sumber Transplan Nasional, terdapat 517,758 pengikrar penderma organ sejak 1997.
Bagaimanapun, katanya, hanya terdapat 779 penderma sebenar setakat Julai lalu.
“Pendermaan organ kita sangat rendah,” kataya pada majlis penutup Minggu Kesedaran Pendermaan Organ.
Khairy berkata, Malaysia menduduki tangga ke-10 di dunia bagi kadar pemindahan organ terendah, dengan hanya 2.84 pemindahan organ bagi setiap 1,000 penduduk pada 2021.
Pada 2020, kadar itu ialah 5.64 pemindahan organ bagi setiap 1,000 penduduk.
Beliau menyuarakan penghargaan kepada kakitangan perubatan, NGO dan agensi berkaitan atas pembabitan mereka dalam proses pendermaan dan pemindahan organ.
“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada penderma organ yang telah meninggal dunia atas pengorbanan mereka kerana memberi nafas baharu kepada individu memerlukan.”
Beliau menggesa orang ramai mendaftar sebagai pengikrar penderma organ dalam aplikasi MySejahtera.
“Ikrar itu akan berada dalam rekod Kementerian Kesihatan dan kami boleh menunjukkan kepada waris, anda ialah penderma, jika berlaku sesuatu yang tidak diingini.”
Beliau turut menggesa orang ramai menjalani saringan kesihatan bagi memastikan mereka sihat dan layak untuk menderma organ.