Jangan laksana arahan menyalahi undang-undang, G25 beri amaran kepada penjawat awam

Jangan laksana arahan menyalahi undang-undang, G25 beri amaran kepada penjawat awam

Secara sedar melaksanakan arahan menyalahi undang-undang atas arahan pegawai atasan bukan pembelaan mengikut undang-undang.

G25 memberi amaran kepada penjawat awam bahawa melaksanakan arahan menyalahi undang-undang bukan satu bentuk pembelaan. (Gambar Bernama)
PETALING JAYA:
Penjawat awam tidak perlu melaksanakan arahan dari menteri yang bertentangan dengan undang-undang kerana mereka juga akan dipertanggungjawabkan kerana melakukan kesalahan, kata kumpulan G25, hari ini, berhubung liputan beberapa kes mahkamah, baru-baru ini.

“Secara sedar atau melulu melaksanakan arahan menyalahi undang-undang atas arahan pegawai atasan bukannya pembelaan mengikut undang-undang,” kata G25, kumpulan yang dianggotai bekas pesara yang pernah memegang jawatan penting kerajaan.

Kumpulan itu, berkata ketua setiausaha kementerian dan mana-mana pegawai bawahan boleh dikenakan pertuduhan mengikut Akta Tatacara Kewangan sekiranya prosedur tidak dipatuhi.

Pembantu peribadi dan setiausaha juga merupakan “gatekeepers” di kementerian, kata kumpulan itu.

Bulan lalu, Mahkamah Persekutuan diberitahu bahawa bekas perdana menteri, Najib Razak, mengarahkan pegawai kanan perbendaharaan “meluluskan” pinjaman RM2 bilion kepada SRC International, pada 2011, walaupun rekod syarikat yang tidak kukuh.

G25 juga menuntut kerajaan memperkenal reform segera bagi pengurusan kewangan untuk bagi pengurusan peruntukan, termasuk kementerian.

Mereka juga menyokong gesaan pemikir dari Institut Demokrasi dan Hal Ehwal Ekonomi, untuk menguatkuasakan Akta Perolehan Kerajaan yang dijanjikan Putrajaya, sejak 2019.

“Undang-undang seperti itu akan mengetatkan peraturan perolehan sedia ada. Ia sangat diperlukan bagi menangani isu yang sudah lama berbangkit seperti rundingan terus (penganugerahan kontrak kerajaan) yang berleluasa.

Katanya, cadangan undang-undang itu akan membantu meningkatkan tahap ketelusan dalam perolehan.

Perolehan kerajaan sepatutnya dijalankan menerusi proses tender dengan beberapa pengecualian seperti digariskan dalam Akta Tatacara Kewangan.

Perlu ada alasan yang kukuh untuk menjustifikasi keperluan projek secara runding terus, kata kumpulan itu.

G25 ketika mengulas lanjut, berkata alasan meninggalkan tawaran terbuka yang kompetitif wajib didokumentasi secara tersusun, demi kawal selia pemeriksaan Jabatan Audit dan laporan kepada Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

“Perdana menteri perlu ambil maklum rundingan terus akan menjurus kepada pilih kasih, nepotisme dan rasuah bukan sahaja membabitkan menteri, bahkan juga isteri mereka, anak lelaki dan anak perempuan,” katanya.

Demi menambah baik iklim pelaburan negara, kumpulan itu menggesa kerajaan menunjukkan keberanian politik dengan menjarakkan diri daripada dunia perniagaan dan melupuskan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) yang tidak strategik kepada sektor swasta.

“Kerajaan yang menjarakkan diri daripada pembabitan aktif dalam kegiatan komersil kurang mengurangkan rasa curiga pelabur tempatan dan asing terhadap integriti anggota Kabinet.

“Dengan kurangnya pembabitan GLC dalam sektor komersil, negara akan bertukar kepada destinasi pilihan untuk berurus niaga bagi syarikat multinasional terbaik dunia,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.