Pengulas sukan diugut, polis sahkan terima laporan

Pengulas sukan diugut, polis sahkan terima laporan

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Mohd Iqbal Ibrahim berkata laporan yang dibuat itu dipercayai mempunyai kaitan dengan ulasan lelaki berkenaan dalam sebuah rancangan.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Mohd Iqbal Ibrahim berkata, pengulas sukan itu menerima ugutan melalui laman Instagram ‘antimediababi’ pada 27 Ogos 2022 sebelum membuat laporan polis. (Gambar Facebook)
SHAH ALAM:
Polis mengesahkan telah menerima laporan daripada seorang pengulas sukan di sebuah stesen televisyen swasta berhubung ugutan yang diterima daripada seorang individu di media sosialnya.

Ketua Polis Daerah Shah Alam, Mohd Iqbal Ibrahim berkata, laporan dibuat pada pukul 1 pagi tadi, dan ia dipercayai mempunyai kaitan dengan ulasan lelaki berkenaan dalam sebuah rancangan.

Beliau berkata, kes disiasat di bawah Seksyen 507 Kanun Keseksaan, Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955 dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.

“Pengulas sukan itu menerima ugutan melalui laman Instagram ‘antimediababi’ pada 27 Ogos 2022 dan beliau membuat laporan kerana ia mendatangkan kegusaran kepada pengadu sekeluarga.

“Pengadu ada menyentuh berkenaan kemerosotan pemain badminton negara ‘Lee Zhi Jia’ semasa membuat ulasan dalam rancangan ‘Nindia Pak Long’, dan pengadu syak perkara itu mungkin mengundang rasa tidak puas hati pihak-pihak tertentu,” katanya dalam kenyataan malam ini.

Sebarang maklumat berkaitan kes itu boleh disalurkan kepada Pegawai Penyiasat Insp Hadi dengan menelefon 016-2745515.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.