
Katanya, berpandukan kepada situasi politik semasa negara, ditambah dengan kehadiran beberapa parti baharu dilihat tiada pihak yang mampu menjadi dominan.
“Jadi, untuk membentuk kerajaan semua pihak perlu mendapat sokongan daripada parti lain. Oleh yang demikian semua pihak perlu terbuka jika wujudnya kerajaan campuran selepas ini (PRU15).
“Dari segi cara pembentukan, perlu menunggu selepas PRU15,” katanya menurut Utusan Malaysia.
Amar yang juga timbalan menteri besar Kelantan itu berkata, bagaimanapun andaian berlaku atau sebaliknya hanya boleh diketahui selepas PRU15.
Katanya, buat masa ini, PAS lebih selesa memberikan fokus kepada menyelesaikan masalah rakyat daripada bercakap soal politik.
Semalam, veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah, berkata partinya tidak mampu meraih majoriti mudah untuk membentuk kerajaan selepas berdepan berbagai skandal, menjelang PRU15.
Katanya, semua parti termasuk Barisan Nasional (BN) akan berdepan kesukaran susulan banyak faktor, termasuk ekonomi dan kadar inflasi yang mungkin meningkat.
“Saya rasa pilihan raya ini satu pilihan raya yang paling sukar. Dan saya tak fikir tak ada satu parti pun yang mendapat ‘simple majority’ (majoriti mudah), tak boleh membentuk kerajaan.
“Saya rasa Umno pun berada dalam keadaan begitu apatah lagi dengan berbagai-bagai skandal, berbagai-bagai masalah yang dihadapinya,” lapor Astro Awani.