Remaja perempuan 13 tahun dipercayai terjatuh kondominium

Remaja perempuan 13 tahun dipercayai terjatuh kondominium

Ibu mangsa menyedari anaknya terjatuh dalam keadaan tertiarap pada bahagian bumbung kawasan parkir kondominium, awal pagi tadi.

Remaja itu ditemukan di atas bumbung tingkat satu kawasan parkir kenderaan dan dipercayai terjatuh dari aras 11 kondominium itu.
GEORGE TOWN:
Seorang remaja perempuan berusia 13 tahun maut selepas dipercayai terjatuh dari kediamannya di tingkat 11 sebuah kondominium di Persiaran Bayan Indah, Bayan Baru, dekat sini, hari ini.

Ibu mangsa menyedari anaknya telah terjatuh dan berada dalam keadaan tertiarap pada bahagian bumbung kawasan parkir kondominium tersebut, kira-kira 6.30 pagi.

Jurucakap bomba Pulau Pinang, berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 6.48 pagi, sebelum jentera dari Balai Bomba Bayan Baru bergegas ke lokasi kejadian.

Katanya, remaja itu ditemukan di atas bumbung tingkat satu kawasan parkir kenderaan dan dipercayai terjatuh dari aras 11 kediaman berkenaan.

“Pemeriksaan pasukan Kementerian Kesihatan (KKM) mendapati remaja itu telah meninggal dunia dan mayatnya dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk dibedah siasat,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Ketua Polis Barat Daya Kamarul Rizal Jenal, mengesahkan kejadian itu dan pihaknya sedang menjalankan siasatan lanjut berhubung insiden tersebut.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.