
“Tak betul,” katanya ringkas, kepada FMT ketika dihubungi. Satu kenyataan akan dibuat dalam masa terdekat berhubung spekulasi itu, tambahnya.
Terdahulu, sumber memberitahu FMT, Zakaria dan Ahli Parlimen Lahad Datu, Mohamaddin Ketapi akan menyertai PBM esok.
FMT sedang mengesahkan perkara itu dengan Mohamaddin.
Bagaimanapun, beberapa pemimpin PBM ketika dihubungi enggan mengesahkan spekulasi Mohamaddin dan Zakaria akan menyertai mereka.
PBM memaklumkan bahawa Presiden Larry Sng akan mengadakan sidang akhbar bersama Mohamaddin esok.
Sementara itu, sumber yang rapat dengan Mohamaddin berkata bekas menteri berkenaan akan mengumumkan menyertai PBM esok.
Satu jemputan ke sidang media khas oleh Mohamaddin juga telah dibuat hari ini dan ia akan turut dihadiri Larry.
“Ya, dia akan umum esok (menyertai PBM), kita jumpa esok,” katanya kepada FMT.
Ketika ditanya sama ada sidang media esok akan turut membabitkan wakil rakyat lain, sumber itu menafikan dan berkata hanya Mohamaddin terlibat.