PRU15: Bertanding atau tidak, kita akan lihat, kata Tony Pua

PRU15: Bertanding atau tidak, kita akan lihat, kata Tony Pua

Sebelum ini Ahli Parlimen Damansara itu dilaporkan memberitahu rakan seperjuangannya bahawa beliau tidak akan bertanding pada PRU15.

Ahli Parlimen tiga penggal Tony Pua sebelum ini berkata beliau tidak bertanding pada PRU15.
GEORGE TOWN:
Ahli Parlimen Damansara Tony Pua masih berteka-teki ketika ditanya sama ada beliau akan bertanding pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

“Kita akan lihat. Kita akan lihat,” katanya kepada FMT ketika ditemui pada pelancaran Langkah Sheraton NFT di sini malam ini.

Bagaimanapun, beliau enggan mengulas lanjut.

The Straits Times sebelum ini melaporkan, Pua memaklumkan perkara itu (tidak bertanding) kepada rakan dalam partinya.

Akhbar Singapura itu menulis, Ahli Parlimen tiga penggal itu “telah menjelaskan kepada rakan DAPnya bahawa beliau tidak akan bertanding di Parlimen bagi penggal keempat”.

Dilaporkan juga bahawa Ahli Parlimen Bakri dan bekas menteri alam sekitar Yeo Bee Yin juga dipercayai cenderung “90-10” ke arah untuk tidak bertanding pada pilihan raya.

Sebelum ini, dilaporkan bahawa rakan Pua dalam DAP, Ong Kian Ming tidak akan menawarkan dirinya sebagai calon untuk pilihan raya umum akan datang.

Ahli Parlimen dua penggal itu berkata, beliau mahu berehat daripada politik “untuk sementara waktu”.

‘Langkah Sheraton, permulaan perjalanan yang panjang’

Sementara itu, orang kuat DAP Lim Kit Siang berkata, “Langkah Sheraton” – yang membawa kepada kejatuhan kerajaan Pakatan Harapan pada 2020 – harus dilihat sebagai permulaan perjalanan panjang untuk mewujudkan negara yang lebih baik untuk generasi akan datang.

Beliau berkata, ramai rakyat Malaysia di luar negara yang mengundi pada PRU15 merasakan perjalanan panjang mereka sia-sia selepas Langkah Sheraton.

“Langkah Sheraton bukanlah kegagalan tetapi permulaan kepada perjalanan yang panjang.”

Katanya, negara menjadi “tiada harapan” selepas Langkah Sheraton, tetapi terdapat “cahaya di hujung terowong” berikutan pemenjaraan bekas perdana menteri Najib Razak kerana rasuah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.