Warga asing maut selepas bergaduh di kebun sayur

Warga asing maut selepas bergaduh di kebun sayur

Menurut polis, mangsa berusia 27 tahun disahkan meninggal dunia di Hospital Bentong pada jam 5.40 pagi.

Polis berkata, suspek kini direman sehingga 23 Ogos bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. (Gambar AFP)
KUANTAN:
Seorang pekerja warga asing maut selepas cedera parah akibat pergaduhan di sebuah kebun sayur di Lebu, Bentong awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong, Zaiham Mohd Kahar berkata, mangsa yang berusia 27 tahun disahkan meninggal dunia di Hospital Bentong pada 5.40 pagi, kira-kira tiga jam selepas pergaduhan berlaku.

“Susulan kejadian, polis menahan seorang lagi pekerja kebun juga warganegara asing berusia 26 tahun di kebun tersebut bagi membantu siasatan.

“Selain itu, polis merampas sebilah pisau berukuran 12 inci yang dipercayai digunakan dalam kejadian itu,” menurutnya dalam kenyataan semalam.

Beliau berkata, suspek kini ditahan reman sehingga 23 Ogos bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Bagaimanapun, punca pergaduhan belum dapat dipastikan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Sultan Haji Ahmad Shah di Temerloh untuk bedah siasat.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.