Lelaki menyamar Raja Muda Perak ditahan

Lelaki menyamar Raja Muda Perak ditahan

Lelaki berusia 39 tahun itu ditahan di pekarangan IPD Kota Setar petang semalam dan direman mulai hari ini hingga 21 Ogos.

Polis berkata suspek disyaki cuba menyamar sebagai Raja Muda Perak semasa berurusan di Pejabat Tuanku Sultan Kedah kira-kira 11.30 pagi 28 Jun.
ALOR SETAR:
Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan menyamar sebagai Raja Muda Perak, Jun lalu.

Ketua Polis Kota Setar, Ahmad Shukri Mat Akhir, berkata lelaki berusia 39 tahun itu ditahan di pekarangan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Setar kira-kira 5.30 petang semalam dan direman mulai hari ini hingga 21 Ogos.

Beliau berkata, suspek disyaki cuba menyamar sebagai Raja Muda Perak semasa berurusan di Pejabat Tuanku Sultan Kedah kira-kira 11.30 pagi, pada 28 Jun.

“Berdasarkan maklumat diterima polis, lelaki ini datang bersama dua wanita dengan memperkenalkan diri menggunakan satu kad berwarna kuning dan butiran tertera seperti berikut ‘DYMM Raja Muda Perak Tuanku Tun Mamat Fadhil Duke Of Royal Malaysia British Bin DYTM Sheikh Tengku Lope Salleh Of Royal Irish Fusiller Princess Victoria’,” katanya dalam kenyataan.

Shukri berkata, bagaimanapun hasil semakan dengan Bahagian Protokol dan Istiadat Negeri Perak telah mengesahkan bahawa tiada kerabat diraja negeri itu dengan nama, gelaran dan nombor kad pengenalan sedemikian.

Katanya, kes itu disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan manakala dua wanita itu sedang dikesan polis.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.