
Katanya, beliau sedia berdepan Umno yang akan meletakkan anak didiknya yang juga ADUN Telemong, Rozi Mamat bertanding di kerusi Parlimen itu.
“Kalau dia (Rozi) bertanding, kita lawan. Sebab itu saya kata saya tak berani, tapi kalau orang ajak lawan, kita tak lari, kita lawan,” katanya selepas Majlis Perasmian Kopi Merdeka with Tealive.
Rosol yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu berkata, beliau menyerahkan kepada pucuk pimpinan Bersatu untuk memutuskan sama ada beliau akan dicalonkan untuk bertanding dalam PRU15.
“Saya orang politik dan kita ada ketua, kalau ketua kata tanding, kita tanding. Kalau ketua kata tak tanding, kita tak tanding.”
Pada PRU14, Rosol yang bertanding atas tiket Barisan Nasional (BN) memenangi kerusi itu dengan majoriti 2,868 undi menewaskan calon PAS, Muhyiddin Abdul Rashid dan calon PKR, Razali Idris yang kini merupakan ketua Bersatu Terengganu.
Pada 11 Mei lalu, Ketua Umno Terengganu, Ahmad Said mengumumkan BN akan meletakkan Rozi untuk bertanding di kerusi Parlimen Hulu Terengganu pada PRU15.