
Geoffrey Williams dari Universiti Sains dan Teknologi Malaysia berkata, walaupun langkah bukan cukai dijangka menjadi tumpuan dalam menarik pelaburan langsung asing (FDI), Malaysia perlu memberi lebih banyak tumpuan terhadap masalah yang dihadapi pelabur sedia ada.
Ini termasuk syarat untuk Program Malaysia Rumah Keduaku (MM2H), peruntukan pemilikan saham Bumiputera mandatori, status Tahap 3 negara – terendah – dalam Laporan Pemerdagangan Orang Amerika Syarikat dan pembekuan penghantaran buruh Indonesia ke Malaysia atas layanan terhadap pekerja.
Sejajar liberalisasi pasaran lebih besar, lebih banyak peluang pasaran perlu diwujudkan, khasnya dalam pemerolehan kerajaan, Williams beritahu FMT Business sambil menambah perlu ada pembaharuan dari segi penawaran supaya pemain lain tidak diketepikan anak syarikat kepada syarikat berkaitan kerajaan.
“Membuka pemilikan saham kepada pelabur asing juga sesuatu yang perlu dipertimbangkan.”
Williams berkata, penurunan FDI bukan petanda baik buat kepelbagaian ekonomi negara kerana perniagaan tempatan secara amnya tidak inovatif dalam meneroka sektor baharu tanpa dorongan daripada syarikat multinasional (MNC).
“E-panggilan terkecuali daripada peraturan ini, tetapi secara keseluruhannya, sebarang projek dalam aktiviti baharu lebih cenderung bersaiz kecil, projek perintis dan selalunya dibiayai kerajaan.”
Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif InvestKL, Muhammad Azmi Zulkifli berkata, insentif cukai sedia ada pada kadar keutamaan sifar hingga 10% untuk lima atau 10 tahun bagi MNC yang mengambil bahagian dalam aktiviti atau mengeluarkan produk digalakkan masih penting dan bermanfaat untuk memangkin dan membangunkan sektor baharu.
Beliau menggesa MNC tempatan dan asing menilai kesan matlamat GMT untuk menamatkan saingan cukai dan peralihan keuntungan.
Azmi berkata, MNC perlu mengenal pasti entiti dalam kumpulan mereka yang akan diwajibkan untuk membayar cukai tambah nilai – sama ada kepada pihak berkuasa cukai Malaysia atau asing – dan menentukan kesan ke atas aliran tunai serta fungsi.
Ini boleh membawa kepada rundingan semula insentif cukai yang diberikan, termasuk menggantikannya dengan insentif bukan cukai seperti geran.
“Selain insentif bukan cukai itu, lebih penting ialah dasar progresif untuk membolehkan kemudahan menjalankan perniagaan dan memastikan persekitaran berdaya saing bagi menarik pelaburan langsung asing dan domestik.”
Di Amerika Syarikat, Senator Demokrat, Joe Manchin membantah GMT kerana bimbang syarikat AS akan berdepan kerugian, jika negara lain tidak melaksanakannya.
Dalam Kesatuan Eropah, pembaharuan cukai memerlukan sokongan sebulat suara semua negara anggota. Tetapi, menteri luar Hungary berkata, negara itu yang mempunyai cukai korporat 9%, terendah di rantau itu, tidak menyokong GMT kerana ini akan membahayakan pekerjaan.
Mengenai kesan fiskal serta-merta di Malaysia, penasihat cukai TraTax, Thenesh Kannaa percaya GMT akan membantu meningkatkan hasil cukai negara.
“Kadangkala wujud salah faham bahawa GMT 15% akan menjadikan insentif cukai berlebihan. Itu tidak semestinya betul,” katanya kepada FMT Business. Insentif cukai akan terus memainkan peranan penting dalam menarik pelaburan.
Namun, mungkin Malaysia perlu menyediakan rangka kerja insentif bukan cukai yang kukuh untuk setanding negara lain dalam menarik FDI.