Lelaki diikat kerana kerap ganggu seorang gadis

Lelaki diikat kerana kerap ganggu seorang gadis

Kejadian berlaku di Gombak dan suspek berusia 21 diikat oleh abang kepada gadis tersebut dan tular di media sosial.

Polis berkata kejadian lelaki diikat itu disebabkan kerap mengganggu seorang gadis dan bukannya melibatkan kes ragut. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Seorang lelaki diikat selepas didakwa sering mengganggu seorang gadis dalam kejadian di Gombak, dekat sini, kelmarin.

Perbuatan terhadap lelaki berusia 21 tahun itu dilakukan abang kepada gadis terbabit sebelum tular di media sosial.

Video berdurasi 13 saat menunjukkan lelaki dalam keadaan terikat duduk di tepi sebuah kereta peronda polis dimuat naik di media sosial.

Ketua Polis Gombak, Zainal Mohamed Mohamed berkata, suspek diikat oleh seorang lelaki yang tidak puas hati kerana mengganggu adik perempuannya.

“Bapa remaja perempuan itu tidak mahu membuat laporan polis kerana mengenali suspek dan keluarganya.

“Kedua-dua pihak bersetuju untuk menyelesaikan salah faham berkenaan secara baik,” katanya menurut Harian Metro.

Beliau bagaimanapun menafikan dakwaan video yang tular itu adalah kes peragut ditangkap.

Katanya, polis tidak menerima sebarang laporan berkaitan kes ragut di kawasan berkenaan pada masa itu.

Justeru, beliau menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kegusaran awam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.