Isu LCS: Ada terasa saya sebut pengkhianat, rasuah, kata Ahmad Fadhli

Isu LCS: Ada terasa saya sebut pengkhianat, rasuah, kata Ahmad Fadhli

Ketua Pemuda PAS itu berkata beliau ketika itu tidak pernah menyebut nama mana-mana parti dan pemimpin.

Ahmad Fadhli Shaari berkata beliau membangkitkan isu tersebut dan menggesa siasatan adil, telus serta membawa pihak bertanggungjawab ke muka pengadilan.
PETALING JAYA:
Ketua Pemuda PAS, Ahmad Fadhli Shaari menegaskan beliau pernah membangkitkan isu kapal tempur pesisir pantai (PCS) sejak 2019 tanpa menyebut nama mana-mana parti dan pemimpin.

Beliau berkata, ketika membangkitkan isu tersebut, beliau menggesa siasatan yang adil, telus serta membawa pihak bertanggungjawab ke muka pengadilan.

“Saya melihat poster ini, menuntut saya mohon maaf kerana memainkan sentimen kononnya wujud rasuah beberapa pemimpin Umno.

“Saya tidak ada kaitan dengan pendedahan pihak-pihak lain selain dari PAC (Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara) yang saya sebagai salah seorang anggotanya.

“Cuma barangkali pemilihan perkataan seperti pengkhianat, rasuah dan lain-lain menyebabkan ada pihak yang terasa.” katanya di Facebook besertakan permohonan maaf.

Semalam, Pemuda Umno kesal dengan sikap Fadhli yang didakwa memberi gambaran negatif terhadap Barisan Nasional (BN) dalam isu projek LCS.

Pengarah Komunikasi Pemuda Umno, Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri yang dipetik berkata, sekiranya ada pemimpin Umno terlibat dalam penyelewengan, salah guna kuasa dan rasuah berkaitan projek tersebut, Fadhli mesti membuktikannya dan memberitahu nama individu terbabit.

“Sebagai ahli PAC, Fadhli sepatutnya sedar laporan PAC tidak menyebut mana-mana menteri atau pemimpin Umno,” katanya.

Ahli Parlimen Pasir Mas itu turut menyindir untuk menukarkan perkataan pengkhianat dan rasuah supaya tiada pihak akan terasa dengan kenyataan itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.