
Wan Agyl Wan Hassan, bekas ketua dasar dan perancangan operasi kumpulan SPAD, berkata isu utama adalah penguasaan pasaran oleh syarikat besar.
Oleh itu, beliau memberitahu FMT, kerajaan boleh:
- Memperkenalkan langkah untuk menggalakkan persaingan sihat, seperti membantu pemain kecil berkembang menjadi pesaing hebat; dan
- Dapatkan Kementerian Pengangkutan untuk bekerjasama dengan agensi seperti InvestKL, Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) dan Institut Robotik dan IoT Automotif Malaysia untuk menjalankan program bagi menyediakan akses kepada pelabur, pengumpulan dana dan sokongan teknikal kepada pemain kecil.
Kenyataannya itu susulan tindakan segelintir penghantar makanan yang melakukan mogok 24 jam di seluruh negara minggu lalu yang membantah kadar upah yang rendah.

Wan Agyl memberi amaran bahawa kegagalan syarikat terbabit untuk memenuhi permintaan penghantar makanan mereka akhirnya akan menjejaskan kualiti perkhidmatan itu.

Manakala Carmelo Ferlito dari Pusat Pendidikan Pasaran mencadangkan agar Putrajaya memudahkan rundingan antara syarikat dan ‘rider’ untuk menyelesaikan perjanjian yang adil.
Namun katanya, sebarang campur tangan kerajaan harus berakhir di situ. “Kerajaan tidak mempunyai pemikiran yang diperlukan untuk memahami kerumitan ekonomi gig,” katanya.
Bagaimanapun, Timbalan Presiden Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (Penghantar), Abdul Hakim Abdul Rani, berkata campur tangan kerajaan diperlukan untuk berdepan dengan syarikat besar.
“Isu kami ialah tiadanya campur tangan daripada kerajaan. Syarikat besar tidak bersikap adil terhadap ‘rider’. Mereka sering mengubah syarat,” katanya.
Selepas pertemuan antara Menteri Pengangkutan Wee Ka Siong dan ahli komuniti P-hailing pada Isnin lepas, jurucakap ‘rider’ itu berkata mereka terus dibiarkan dengan lebih banyak persoalan yang tidak terjawab.
Presiden Penghantar, Zulhelmi Mansor, berkata ‘rider’ itu telah membangkitkan 10 isu dan tidak ada satu pun yang ditangani.