Lori tiba-tiba mengundur, warga emas maut digilis

Lori tiba-tiba mengundur, warga emas maut digilis

Mangsa yang juga pemandu lori itu berhenti dan turun untuk menutup pintu pagar, namun secara tiba-tiba lori itu mengundur lalu menggilisnya.

Warga emas berusia 62 tahun maut digilis lori dipandunya selepas kenderaan itu secara tiba-tiba mengundur ketika mangsa berhenti dan turun untuk menutup pagar di tapak pembinaan. (Gambar polis)
PETALING JAYA:
Seorang warga emas maut digilis lori dipandunya selepas kenderaan itu secara tiba-tiba mengundur, dalam kejadian di pintu keluar tapak projek di Jalan Sierra 1, Puchong, dekat Sepang, petang tadi.

Ketua Polis Sepang Wan Kamarul Azran Wan Yusof, berkata kejadian berlaku kira-kira 5.35 petang sewaktu mangsa, Laseman Tuju, 62, sedang dalam perjalanan keluar daripada tapak projek itu.

“Selepas melalui pintu keluar tapak projek itu, mangsa telah berhenti dan turun daripada lori jenis Hino dipandunya untuk menutup pintu pagar namun secara tiba-tiba lori tersebut telah berundur ke belakang dan melanggarnya.

“Akibat pelanggaran tersebut, mangsa telah mengalami kecederaan parah pada beberapa bahagian badan dan disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” lapor Kosmo.

Wan Kamarul Azran, mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Serdang untuk dibedah siasat dan kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.