
Pelantikan semula itu mendapat perkenan Yang di-Pertuan Agong Sultan Abdullah Sultan Ahmad Shah.
“Pelantikan semula Mohd Zuki Ali adalah atas kepentingan negara kerana perkhidmatan beliau sebagai ketua setiausaha negara masih diperlukan,” menurut kenyataan itu.
Zuki, 60, dilantik sebagai KSN ke-15 pada 31 Disember 2019, seorang yang berpengalaman luas dalam perkhidmatan awam.
Beliau yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengurusan Perniagaan dari Universiti Nanyang, Singapura pernah berkhidmat di Kementerian Kewangan, Kementerian Pelajaran, Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, Kementerian Hal Ehwal Dalam Negeri dan Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar.
Selain itu, beliau pernah bertugas di Istana Negara dan Jabatan Perdana Menteri serta pernah menjawat jawatan setiausaha persekutuan Sarawak dan ketua setiausaha Kementerian Pertahanan.