Berita baik buat penjawat awam, rakyat dalam Belanjawan 2026

Berita baik buat penjawat awam, rakyat dalam Belanjawan 2026

Ketua Setiausaha Negara Shamsul Azri Abu Bakar berkata Belanjawan 2026 tidak akan mengecewakan.

Fasa kedua kenaikan gaji penjawat awam akan dilaksanakan mulai Januari 2026. (Gambar Bernama)
SEPANG:
Ketua Setiausaha Negara, Shamsul Azri Abu Bakar, berkata akan ada berita baik untuk penjawat awam dan rakyat Malaysia dalam Belanjawan 2026 yang akan dibentangkan bulan depan.

“Mesti ada berita baik, tetapi saya belum boleh berkongsi, (ia) tidak mengecewakan.

“(Berita baik) untuk penjawat awam, untuk rakyat,” katanya pada perasmian Persidangan Penyelidikan Governans, Integriti dan Antirasuah Peringkat Kebangsaan ke-4 di sini.

Pada Ogos 2024, kerajaan mengumumkan penjawat awam dalam pengurusan tertinggi akan menerima kenaikan gaji 7% di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA) baharu, manakala kumpulan pelaksana, pengurusan dan profesional menikmati kenaikan sebanyak 15%.

Perdana Menteri, Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, ia akan dilaksanakan secara berperingkat dengan fasa 1 bermula Disember 2024 dan fasa 2 pada Januari 2026.

Penjawat awam dikategorikan pelaksana, pengurusan dan profesional akan menerima kenaikan 8% dalam fasa 1 dan 7% pada fasa 2.

Pengurusan tertinggi pula akan menerima kenaikan 4% dalam fasa 1 dan 3% pada fasa 2.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.