397 kawasan di Lembah Klang alami gangguan bekalan air

397 kawasan di Lembah Klang alami gangguan bekalan air

Gangguan bekalan air itu akan bermula jam 10 pagi ini selepas Loji Rawatan Air Langat 2 (LRA Langat 2) mengalami henti tugas.

Air Selangor memaklumkan, kawasan terlibat tiga kawasan di Petaling, Kuala Lumpur (172 kawasan) dan Hulu Langat (222 kawasan).
PETALING JAYA:
Sebanyak 397 kawasan di tiga wilayah mengalami gangguan bekalan air bermula 10 pagi ini berikutan Loji Rawatan Air Langat 2 (LRA Langat 2) mengalami henti tugas pada 4.30 pagi tadi.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor, Elina Baseri berkata henti tugas tidak berjadual itu berpunca daripada pencemaran bahan kimia di Sungai Semantan, Karak, Pahang susulan kemalangan di Lebuhraya Karak-Bentong KM75.9 menuju Kuala Lumpur, semalam.

Katanya, kawasan yang terlibat adalah Petaling (3 kawasan), Kuala Lumpur (172 kawasan) dan Hulu Langat (222 kawasan).

“LRA Langat 2 dijangka beroperasi semula pada jam 3.30 petang ini bagi membolehkan proses rawatan air mentah dimulakan dan akan mula disalurkan kepada pengguna secara berperingkat apabila sistem agihan bekalan air stabil,” katanya dalam satu kenyataan.

Katanya, bantuan alternatif melalui lori tangki akan digerakkan kepada pengguna dengan keutamaan kepada premis-premis kritikal.

“Air Selangor sedang mengambil segala usaha bagi meminimumkan impak gangguan kepada pengguna yang terjejas. Air Selangor akan memaklumkan perkembangan berkaitan dengan insiden ini dari semasa ke semasa,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.