
Ketua Polis Dang Wangi, Noor Dellhan Yahaya, berkata dadah itu ditemui dalam sebuah kereta jenis Honda City, dipercayai dibawa masuk dari negeri pantai timur untuk pasaran di sekitar Lembah Klang.
“Siasatan awal mendapati, dadah itu mahu diserahkan kepada penerima di Kuala Lumpur.
“Susulan maklumat itu, polis menahan seorang lelaki di Jalan Chendana, Kuala Lumpur, dipercayai ahli sindiket yang berperanan sebagai penerima dadah untuk dibawa ke lain-lain lokasi,” katanya menurut Sinar Harian.
Katanya, polis turut merampas syabu seberat 1.7g yang ditemui pada salah seorang daripada suspek terbabit.
“Dalam serbuan itu, polis telah menyita wang tunai berjumlah RM1,900 dan dua kenderaan jenis Honda City dinaiki dua suspek lelaki dan Toyota Vellfire dinaiki seorang suspek lelaki serta dua suspek wanita,” katanya.
Beliau berkata, hasil semakan terhadap semua suspek berusia lingkungan 20 hingga 49 tahun mendapati, dua daripada mereka mempunyai rekod lampau membabitkan kesalahan narkotik dan jenayah.
Katanya, ujian air kencing mendapati tiga daripada suspek positif syabu.
“Semua suspek direman tujuh hari bermula Selasa hingga 15 Ogos dan kes disiasat mengikut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya.