
PETALING JAYA: Seorang warga emas maut, manakala enam lagi cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kenderaan di Jalan Sungai Choh, Hulu Selangor, hari ini.
Dalam kejadian kira-kira 6.50 petang, mangsa maut, Rohana Mohd Noor, 66, manakala Norfarhanah Rahim, 34, dilaporkan cedera. Kedua-duanya penumpang kereta Perodua Alza, lapor Berita Harian.
Mengesahkan kejadian itu, Pengarah Bomba Selangor Norazam Khamis, berkata mangsa meninggal dunia diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut, manakala mangsa cedera dirawat di Hospital Selayang.