
“Langsung tiada diskriminasi, video itu tidak benar,” katanya ketika dihubungi FMT.
Terdahulu dalam video tular berkenaan, seorang wanita yang memuat naik video itu, mendakwa pelancong India yang tiba di negara ini terpaksa menunggu dalam tempoh terlalu lama masa untuk urusan imigresen di KLIA walaupun kesemua mereka mempunyai dokumen perjalanan sah.
Dalam video yang mula tular sejak Khamis lalu itu, wanita itu turut mendakwa, pelancong terbabit dipaksa duduk di atas lantai.
Sementara itu, satu mesyuarat dijadualkan berlangsung di KLIA, esok, membabitkan Jabatan Imigresen dan beberapa agensi serta persatuan pelancongan.
Jemputan mesyuarat berkenaan dikeluarkan Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya.
Menurut jemputan itu seperti yang dilihat FMT, menyatakan tujuan mesyuarat itu bertujuan menjelaskan prosedur operasi standard (SOP) ketibaan dan pelepasan di negara ini.