Cuba padam kebakaran inap desa, warga emas melecur di muka

Cuba padam kebakaran inap desa, warga emas melecur di muka

Mangsa berusia 71 tahun itu cedera ketika cuba memadamkan kebakaran di bangunan miliknya itu pada peringkat awal.

Pasukan bomba memadamkan api di inap desa di Kampung Bukit Kapar, Klang semalam. (Gambar JBPM)
PETALING JAYA:
Seorang warga emas melecur di mukanya sewaktu cuba memadamkan api di inap desa miliknya di Jalan Jaya Setia, Kampung Bukit Kapar, Klang semalam.

Ketika kejadian, lelaki berusia 71 tahun itu berada di dalam inap desa tersebut bersama isterinya, 68.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Selangor, Norazam Khamis berkata, sepasukan 17 anggota dari tiga balai bomba dikerahkan ke lokasi kebakaran selepas menerima panggilan kecemasan kira-kira 5 petang.

“Kebakaran membabitkan sebuah bangunan yang dijadikan ‘homestay’ dengan anggaran peratusan kemusnahan adalah 50%,” katanya menurut laporan Berita Harian.

“Api berjaya dikawal pada 5.36 petang dengan seorang mangsa cedera akibat terkena bahang api semasa cuba memadamkan kebakaran pada peringkat awal.”

Warga emas yang cedera itu dikejarkan ke Hospital Klang oleh ahli keluarga bagi mendapatkan rawatan lanjut. Keadaan mangsa dilaporkan stabil.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.