
Ketua Bomba Belaga Helman Main, berkata jalan berkenaan turut menjadi laluan penduduk Kampung Metalun, Linau dan kawasan sekitarnya.
“Sepasukan anggota bomba dari BBP Belaga dikerah bagi menjalankan pemeriksaan dan pemantauan di lokasi sejurus menerima panggilan berhubung kejadian pada jam 5.10 petang,” katanya menurut Utusan Borneo.
Helman berkata, setibanya anggota di lokasi, didapati berlaku tanah runtuh yang meranapkan kira-kira 90% jalan.
Menurutnya, siasatan awal mendapati tanah runtuh itu berpunca daripada hujan lebat di kawasan terbabit sejak beberapa hari lalu.
“Setelah melakukan pemantauan, pasukan bomba mendapati, jalan berkenaan tidak selamat untuk dilalui oleh kenderaan kecil dan sederhana. Justeru, ia ditutup serta-merta sementara menunggu dibaiki,” katanya.
Katanya, maklumat yang diperolehi daripada Jabatan Kerja Raya (JKR) mengatakan, agensi itu akan membaiki laluan berkenaan, bermula hari ini.