
Adam berkata, syarikat pengendali perlu menangani isu berbangkit iaitu pengiktirafan dan perlindungan setimpal pekerja, melalui sesi libat urus melibatkan penghantar.
“Libat urus perlu berterusan, dan perlu mengambil suara dan pendapat daripada penghantar yang bekerja di lapangan.
“Kami tahu ekonomi sektor ini digerakkan oleh ‘rider’, bukan digerakkan oleh syarikat. Mereka yang sepatutnya ‘stakeholder’ bukan penyedia platform berkenaan,” katanya dalam sidang bersama wakil penghantar di pejabat PKR.
Terdahulu, tular di media sosial mengenai poster penghantar makanan daripada pelbagai syarikat penyedia akan mengadakan mogok 24 jam hari ini.
Semalam, Presiden Persatuan Penghantar P-Hailing Malaysia (Penghantar), Zulhelmi Mansor, berkata rider di seluruh negara melancarkan boikot kerana tidak berpuas hati dengan syarikat pengendali.
Beliau berkata, ia termasuk isu kadar upah tidak tetap dan didakwa dimanipulasi syarikat, serta isu tambang yang dikatakan tidak setimpal, menurut Harian Metro.