
Dalam kejadian kira-kira 3 pagi itu, suspek yang berusia 20 tahun itu cedera di bahu kiri ketika melawan semasa ditahan orang ramai.
Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Rosdi Daud berkata, kejadian berlaku ketika mangsa berusia 40 tahun berada di kaunter kedai runcitnya, sebelum didatangi suspek yang bersenjatakan parang.
Katanya, suspek muncul di premis itu bersama seorang lelaki menaiki Perodua Myvi berwarna biru, tetapi rakannya menunggu di dalam kereta.
“Suspek tiba-tiba mengacukan parang ke arah mangsa, yang juga pemilik premis itu, yang bertindak melawan sebelum berjaya menangkap lelaki itu dengan bantuan orang awam,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.
Rosdi berkata, isteri dan tiga anak mangsa berada di rumah belakang premis itu ketika kejadian semalam.
“Mangsa tidak mengalami sebarang kerugian dan kecederaan. Usaha mengesan dan menangkap rakan suspek yang masih bebas giat dijalankan.”