Rafizi ketuai PKR W Persekutuan, Johor serentak, kata Anwar

Rafizi ketuai PKR W Persekutuan, Johor serentak, kata Anwar

Presiden PKR Anwar Ibrahim berkata pelantikan Rafizi Ramli sebagai ketua PKR Johor dipersetujui semua ketua bahagian negeri itu.

Timbalan Presiden PKR Rafizi Ramli dilantik mengetuai PKR di Wilayah Persekutuan dan Johor, secara serentak.
PETALING JAYA:
Tidak lama selepas diumumkan sebagai ketua PKR Wilayah Persekutuan, timbalan presiden, Rafizi Ramli, turut dilantik sebagai ketua PKR Johor.

Presiden PKR Anwar Ibrahim, berkata semua ketua bahagian Johor bersetuju dengan pelantikan bekas Ahli Parlimen Pandan itu menerajui negeri itu.

“Semua ketua bahagian negeri Johor bersetuju dengan pelantikan saudara Rafizi Ramli sebagai ketua PKR Johor,” katanya dalam kenyataan.

Dalam pada itu, Anwar berkata, Naib Presiden PKR Amirudin Harun, kembali dilantik mengetuai parti di Negeri Sembilan, termasuk Melaka.

Terdahulu, ketua pembangkang itu mengumumkan pelantikan semula Menteri Besar Selangor Amirudin Shari, mengetuai PKR negeri.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.