Bekas setiausaha PKR Sabah masuk Warisan

Bekas setiausaha PKR Sabah masuk Warisan

Sazalye Donol Abdullah berkata Warisan sehaluan dengan pandangannya dan bertindak atas hak Sabah.

shafie apdal
Sazalye Donol Abdullah menyerahkan borang permohonan keahliannya kepada Presiden Warisan Shafie Apdal.
PETALING JAYA:
Bekas setiausaha PKR Sabah Sazalye Donol Abdullah telah menyertai Warisan.

Dalam satu kenyataan, Sazalye berkata keputusannya itu dibuat kerana pendirian parti tersebut terhadap pelaksanaan Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dan tuntutan 40% hasil bersih Sabah.

“Warisan adalah satu-satunya parti yang sehaluan dengan pandangan saya dan rakan-rakan saya,” katanya seperti dipetik dalam sidang media di ibu pejabat Warisan semalam.

“Saya lihat Warisan bukan sahaja bercakap, tetapi juga bertindak, terutamanya dalam melaksanakan MA63.”

Sazalye menambah bahawa keputusannya meninggalkan PKR bukan disebabkan permusuhan peribadi, tetapi kerana keinginannya untuk menyertai platform yang lebih bersih, telus dan konsisten.

“Bukan bermaksud parti lama saya tidak baik, tetapi saya mahukan ruang yang lebih bersih. Saya lihat Warisan benar-benar menjaga perpaduan rakyat Sabah,” katanya.

Tidak dapat dipastikan bila Sazalye secara rasmi keluar daripada PKR. Beliau hilang jawatan sebagai ketua bahagian Kota Marudu dalam pertandingan empat penjuru semasa pemilihan parti pada April lalu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.