Masalah brek lori punca 8 kenderaan bertembung di Puchong

Masalah brek lori punca 8 kenderaan bertembung di Puchong

Polis berkata, keputusan ujian alkohol ke atas pemandu lori itu adalah negatif.

Keadaan di lokasi kemalangan di Lebuhraya Puchong-Bukit Jalil dekat Puchong semalam. (Gambar Facebook)
PETALING JAYA:
Pemandu lori yang menyebabkan pelanggaran lapan kenderaan di Lebuhraya Puchong-Bukit Jalil dekat Puchong semalam ditahan.

Kemalangan kira-kira 2 petang itu tidak membabitkan sebarang kecederaan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Serdang, Aizuddin Ab Wahab berkata, ketika kejadian, seorang lelaki berusia 34 tahun memandu lori muatan kerikil itu dari arah Bukit Jalil menghala Puchong.

“Siasatan lanjut mendapati kejadian berpunca daripada masalah brek lori berkenaan.

“Pemandu yang terbabit dalam kejadian itu bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Beliau berkata, hasil semakan juga mendapati lelaki itu mempunyai 13 rekod saman trafik yang sudah dijelaskan.

Katanya, keputusan ujian alkohol adalah negatif dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 42 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.