RON97 turun 5 sen, RON95, diesel kekal

RON97 turun 5 sen, RON95, diesel kekal

Kementerian Kewangan berkata harga itu berkuat kuasa dari 4 hingga 10 Ogos.

PETALING JAYA:
Harga runcit petrol RON97 turun 5 sen daripada RM4.55 kepada RM4.50 seliter, manakala RON95 dan diesel kekal pada RM2.05 seliter serta RM2.15 seliter.

Kementerian Kewangan berkata, harga itu berkuat kuasa dari 4 hingga 10 Ogos.

Menurut Kementerian Kewangan, kerajaan mengekalkan harga runcit petrol RON95 pada paras harga siling RM2.05 seliter dan diesel RM2.15 seliter.

“Sungguh pun, harga pasaran sebenar bagi kedua-dua produk telah meningkat melebihi paras harga siling yang telah ditetapkan, seperti mana yang dapat dilihat pada harga runcit petrol RON97 yang ditetapkan mengikut harga pasaran.

“Kerajaan juga akan terus memantau kesan perubahan harga minyak mentah dunia serta mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara,” katanya dalam kenyataan.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.