
PETALING JAYA: Harga petrol RON97 dan RON95 tanpa subsidi naik 3 sen untuk minggu akan datang susulan peningkatan harga minyak dunia, kata Kementerian Kewangan.
Dalam satu kenyataan, kementerian itu berkata harga RON97 akan ditetapkan pada RM3.29 seliter manakala harga RON95 tanpa subsidi dijual pada harga RM2.66 seliter.
Harga RON95 bersubsidi di bawah program BUDI95 terus dijual pada harga RM1.99 seliter, manakala harga diesel di Semenanjung kekal RM3.08 seliter dan diesel di Sabah, Sarawak dan Labuan kekal pada RM2.15.
Harga itu berkuatkuasa hingga 10 Disember ini.
Katanya, kerajaan akan terus memantau trend harga minyak mentah dunia dan mengambil langkah yang bersesuaian bagi memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat terus terpelihara.