FMT menang ‘Portal bahasa Inggeris Terbaik’ Tourism Selangor

FMT menang ‘Portal bahasa Inggeris Terbaik’ Tourism Selangor

Anugerah itu mengetengahkan peranan boleh dimainkan pihak media membantu negara menghidupkan semula sektor pelancongan dalam keadaan ekonomi pasca-Covid-19.

Penulis Lifestyle FMT Sheela Vijayan menerima anugerah untuk Portal Bahasa Inggeris Terbaik daripada Tourism Selangor. Turut hadir, CEO Tourism Selangor Azrul Shah Mohamad (kiri).
PETALING JAYA:
Tourism Selangor menobatkan Free Malaysia Today (FMT) sebagai portal bahasa Inggeris terbaik untuk liputannya mengenai beberapa destinasi popular di negeri itu.

Pengarah Urusan FMT Azeem Abu Bakar, berkata anugerah itu menyuntik semangat kepada portal berkenaan, selain mengetengahkan peranan yang boleh dimainkan pihak media dalam membantu negara menghidupkan semula sektor pelancongan dalam keadaan ekonomi pasca-Covid-19.

“Banyak permata tersembunyi di negeri ini. Dengan memaparkan lokasi seperti itu, kami bukan saja berharap ia mampu menjana pendapatan malah membuka mata orang ramai supaya lebih menghargai keindahan negeri ini.”

Sinar Harian memenangi anugerah itu untuk bagi kategori portal bahasa Malaysia.

Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Alam Sekitar, Teknologi Hijau dan Hal Ehwal Orang Asli Selangor Hee Loy Sian turut memuji peranan media dan peranan penting dimainkan oleh mereka.

“Usaha kami untuk mempromosikan pelancongan tidak akan sampai kepada rakyat dan pelancong tanpa bantuan dan sokongan media. Disebabkan itulah kami sentiasa menekankan kerjasama dengan pencipta kandungan pelbagai bentuk media.”

CEO Tourism Selangor Azrul Shah Mohamad berkata, pelbagai perancangan bagi memperbaiki tahap pelancongan tempatan sedang dilaksanakan, termasuk memasang papan tanda lebih baik, infrastruktur yang kukuh, dan penyelenggaraan secara kerap.

Menurutnya, pihaknya mahu memastikan lokasi pelancongan dijaga baik seiring standard antarabangsa, namun tetap pada kadar mampu milik untuk penduduk tempatan.

“Kami mempunyai perancangan untuk melakukan usahasama bagi mempromosikan pelancongan, dengan turut memastikan alam sekitar kita boleh digunakan sebagai produk pelancongan tanpa menjejaskan kelesteriannya.”

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.