
“Apabila parti lama yang hegemoni seperti Umno juga memahami kepentingan mewujudkan “peraturan” baharu untuk memelihara sistem demokrasi dan mandat rakyat, ia menunjukkan bahawa satu susunan politik baharu telah muncul,” kata pengerusinya Liew Chin Tong.
Sambil memuji Umno kerana menyokong rang undang-undang itu, Liew berkata, parti itu bukan baharu dalam perjuangan itu dan menegaskan, DAP telah memperjuangkan undang-undang sedemikian sejak 1978.
“Hanya selepas pilihan raya umum 2018, dan selepas 15 Ahli Parlimen yang diketuai oleh Ahli Parlimen Larut Hamzah Zainudin melompat dari Umno ke Bersatu, barulah Umno mula menyokong undang-undang anti-lompat,” katanya.
Rang undang-undang anti-lompat, dalam bentuk pindaan Perlembagaan Persekutuan, mendapat sokongan rentas parti di Dewan Rakyat pada Khamis, apabila ia diluluskan dengan lebih majoriti dua pertiga.
Ia hanya terpakai kepada Ahli Parlimen. Bagaimanapun, empat kerajaan negeri telah menyatakan mereka akan menerima pakai undang-undang negeri yang sama, kata Menteri Undang-Undang Wan Junaidi Tuanku Jaafar semalam.
Liew menggesa kerajaan Johor melakukan perkara yang sama dan berkata, Menteri Besar Onn Hafiz Ghazi harus memberikan komitmen penuh dengan menyeru DUN bermesyuarat secepat mungkin untuk meluluskan enakmen anti-lompat.