
Menteri Kesihatan Khairy Jamaluddin berkata kelonggaran yang berkuat kuasa 1 Ogos itu dibuat berikutan keadaan sistem kesihatan negara kini berada pada tahap yang baik dan terkawal.
“Ia juga bertujuan memudahkan prosedur kemasukan pengembara ke Malaysia,” katanya dalam kenyataan.
Dalam pada itu, Khairy berkata kementeriannya akan sentiasa mempergiatkan aktiviti pemantauan gejala dalam kalangan pengembara di semua pintu masuk antarabangsa (PMA) Malaysia.
Katanya, semasa ketibaan, sekiranya pengembara dikesan demam melalui pengimbas suhu ataupun didapati tidak sihat melalui rujukan kendiri oleh pengembara, mereka akan dirujuk untuk pemeriksaan semula oleh pihak kesihatan.
“Selepas penilaian kesihatan dibuat dan sekiranya disyaki menghidap penyakit berjangkit seperti Covid-19, monkeypox, MERS-CoV atau lain-lain, mereka akan dirujuk ke fasiliti kesihatan berhampiran untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut,” katanya.