Khabar angin Khalid Ibrahim meninggal dunia tak benar

Khabar angin Khalid Ibrahim meninggal dunia tak benar

Bekas menteri besar Selangor itu masih menerima rawatan di hospital.

Berita tersebar yang mendakwa bekas menteri besar Selangor Abdul Khalid Ibrahim sudah meninggal dunia adalah tidak benar.
PETALING JAYA:
Khabar angin mengatakan Abdul Khalid Ibrahim telah meninggal dunia tidak benar.

Penafian itu dibuat admin Facebook Khalid, sambil menjelaskan bekas menteri besar Selangor itu masih menerima rawatan di hospital.

“Justeru, berita yang tersebar deras awal malam ini bahawa Abdul Khalid Ibrahim telah meninggal dunia adalah tidak benar.

“Mohon dihentikan sebarang sebaran berita tidak benar bagi menjaga sensitiviti keluarga yang sememangnya sedang berhadapan dengan situasi sukar,” katanya sambil meminta semua pihak mendoakan segala urusan Khalid dipermudah.

Sebelum ini, Khalid dilaporkan dalam keadaan tidak sihat dan sedang menerima rawatan.

Perkembangan itu dikongsi bekas setiausaha politiknya, Faekah Husin menerusi akaun Facebook yang sebak melihat keadaan Khalid selepas melawatnya.

Mei lalu, Khalid dilaporkan kembali stabil selepas dimasukkan ke hospital swasta akibat jangkitan paru-paru.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.