
Katanya, gangguan bekalan elektrik sejak 12.39 tengah hari itu membabitkan 2.2 gigawatt atau 10% daripada keseluruhan permintaan bekalan.
TNB berkata, antara kawasan terjejas adalah Petaling Jaya, Cheras dan Bangi di Lembah Klang; Bayan Lepas dan Seberang Jaya (Pulau Pinang); Panchor di Johor dan Bandar Indera Mahkota di Pahang.
Menurutnya, bekalan telah pulih sepenuhnya dalam tempoh 20 hingga 40 minit di semua kawasan terlibat, kecuali di Lembah Klang.
“Pasukan teknikal kami sedang mengenal pasti punca kejadian. Usaha giat dijalankan untuk memulihkan bekalan.
“Kami mohon maaf di atas segala kesulitan dialami oleh pengguna semasa gangguan bekalan ini,” kata syarikat utiliti itu dalam kenyataan.