
Penahanan suspek berusia 40 tahun, pada 1.50 petang Isnin lalu, di sebuah rumah di Kuala Nerus, Terengganu susulan laporan polis dibuat oleh salah seorang guru mangsa.
Ketua Polis Kuala Terengganu, Abdul Rahim Md Din berkata, polis menerima laporan daripada guru mangsa pada jam 10.30 pagi hari sama suspek ditahan.
“Siasatan polis mendapati, suspek memiliki dua rekod jenayah lampau berkaitan kes ugutan yang mendatangkan kecederaan.
“Perbuatan terkutuk dipercayai dilakukan suspek sejak setahun lalu dan polis masih menjalankan siasatan lanjut,” katanya menurut laporan Utusan Malaysia.
Susulan itu, Abdul Rahim berkata, suspek direman tujuh hari bermula 25 Julai lalu sehingga 1 Ogos ini bagi membantu siasatan.
“Mangsa juga dibawa ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), Kuala Terengganu untuk menjalani pemeriksaan,” katanya sambil memaklumkan kes disiasat mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan.