Kertas siasatan penceramah disyaki rogol remaja dirujuk timbalan pendakwa raya

Kertas siasatan penceramah disyaki rogol remaja dirujuk timbalan pendakwa raya

Penceramah bebas itu didakwa merogol remaja perempuan berusia 14 tahun.

Polis menerima empat laporan berhubung kes rogol melibatkan penceramah itu iaitu dua di Selangor serta masing-masing satu di Kuala Lumpur dan Perak.
PETALING JAYA:
Kertas siasatan terhadap seorang penceramah bebas yang didakwa merogol seorang remaja berumur 14 tahun akan diserahkan kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya, esok, untuk tindakan selanjutnya.

Ketua Polis Kuala Lumpur Azmi Abu Kassim, berkata setakat ini siasatan masih dijalankan mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

“Ada sedikit lagi kenyataan yang perlu kita kumpul, tetapi saya percaya esok kita boleh rujuk kertas siasatan ini ke pejabat timbalan pendakwa raya,” katanya menurut Bernama.

Penceramah itu ditahan di Ibu Pejabat Polis Daerah Kuala Selangor pada 18 Julai lalu, kini direman di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur selama empat hari, bermula Ahad lalu.

Kes itu diserahkan kepada polis Kuala Lumpur pada 23 Julai untuk siasatan lanjut berhubung kejadian rogol yang dilaporkan turut berlaku di Kuala Lumpur.

Media sebelum ini melaporkan terdapat empat laporan polis berhubung kes itu iaitu dua di Selangor serta masing-masing satu di Kuala Lumpur dan Perak.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.