Dera anak angkat, suami isteri mengaku bersalah

Dera anak angkat, suami isteri mengaku bersalah

Kedua-dua tertuduh membuat pengakuan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Effandi Nazila Abdullah.

Tangkap layar daripada video tular menunjukkan seorang wanita menggunakan penyapu untuk memukul seorang kanak-kanak.
PETALING JAYA:
Seorang pengasas produk kosmetik dan suaminya mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Bandar Baru Bangi atas dakwaan mendera anak angkat mereka, bulan ini.

Kedua-dua tertuduh membuat pengakuan itu selepas kertas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Hakim Effandi Nazila Abdullah.

Pendakwaan terhadap mereka dikemukakan mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001 yang membawa hukuman maksimum penjara 20 tahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.

Mahkamah ditangguhkan sebentar bagi hukuman dan fakta kes, menurut Harian Metro.

Sebelum ini, pasangan itu dilaporkan telah ditahan di sebuah rumah sebuah perumahan di Beranang pada 2.30 pagi 22 Julai lalu selepas menerima aduan daripada orang awam pada 12.14 tengah malam hari sama.

Mangsa adalah kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang juga seorang anak hiperaktif.

Kanak-kanak itu yang merupakan anak seorang wanita Indonesia diserahkan kepada pasangan tersebut pada April, dikatakan dipukul menggunakan penyangkut pakaian, kayu penyapu dan dicucuh dengan pemetik api.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.