
“Memanglah tak ada, tapi untuk tunjuk solidariti dan keinsafan kesusahan dan keperitan di sekeliling kita.
“Lupa ke pengajaran yang kita dapat daripada kewajipan berpuasa,” katanya dalam catatan di Facebook.
Beliau mengulas kenyataan Pengerusi Pasukan Khas Jihad Tangani Inflasi, Annuar Musa semalam yang mencabar pihak mencadangkan pemotongan gaji menteri supaya menamakan negara berjaya menurunkan inflasi melalui langkah itu.
Sabtu lalu, tunjuk perasaan “Turun Malaysia” di Kuala Lumpur bagi membantah kenaikan kos sara hidup menggesa kerajaan mengambil langkah memotong gaji menteri.
Bekas menteri perdagangan antarabangsa dan industri, Rafidah Aziz pula mencadangkan gaji menteri dipotong sebagai tanda empati ketika rakyat bergelut dengan keadaan ekonomi semasa.