OKU dipijak penghuni pusat jagaan mental meninggal dunia

OKU dipijak penghuni pusat jagaan mental meninggal dunia

Polis berkata, mangsa berusia 49 tahun itu meninggal dunia di Hospital Sultan Abdul Halim pada 4.02 pagi semalam.

Polis berkata, susulan kematian mangsa, kes yang sebelum ini disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan akan dipinda ke Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.
PETALING JAYA:
Orang kurang upaya (OKU) yang parah dipukul dan dipijak dua penghuni sebuah pusat penjagaan mental di Sungai Petani, Kedah meninggal dunia semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Zaidy Che Hassan berkata, mangsa berusia 49 tahun itu meninggal dunia pada 4.02 pagi di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) dekat Sungai Petani.

“Berikutan kematian mangsa, kes yang sebelum ini disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan akan dipinda ke Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

“Setakat ini, kita masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kes ini dan suspek akan ditahan dalam tempoh terdekat,” katanya menurut laporan Harian Metro.

Beliau berkata, mayat lelaki itu dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar untuk bedah siasat.

Ahad lalu, mangsa yang tidak sedarkan diri akibat dibelasah dua penghuni pusat penjagaan mental itu menerima rawatan di Zon Merah HSAH.

Siasatan polis mendapati dua penghuni itu tidak puas hati terhadap mangsa yang memijaknya ketika tidur di lantai bilik.

Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan serius, dengan kesan lebam dari bawah pinggang hingga betis dan tulang kaki kanannya patah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.