
Timbalan Ketua Polis Selangor, S Sasikala Devi, berkata status kewarganegaraan pekerja berkenaan juga tidak dapat dipastikan melainkan mereka sendiri tampil membantu siasatan kes wanita itu yang dilaporkan hilang sejak November tahun lalu.
“Siasatan akan diteruskan merangkumi sudut dijalankan berdasarkan petunjuk baharu. Setakat ini status masih sama, kami tiada petunjuk baharu.
“Kertas Enkuiri Polis (KEP) akan diteruskan,” katanya menurut Bernama.
Sebelum ini, polis percaya Zalina yang lebih dikenali sebagai Zalina Azman, 58, masih berada dalam negara susulan tiada pergerakan keluar membabitkan wanita itu yang dikesan pihak berkuasa setakat ini.
Polis menerima laporan mengenai kehilangan wanita itu daripada anaknya Mikhael Norman, 33, pada 29 Nov tahun lalu yang cuba menghubunginya sejak 24 Nov 2021 bagi memaklumkan datuk pengadu telah dimasukkan ke hospital, namun wanita itu tidak dapat dihubungi.