
Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi kenyataan, hari ini, memaklumkan tiga kejadian membabitkan pratadika dan satu institusi pengajian tinggi.
Setakat semalam, Perak mencatat jumlah kejadian tertinggi dengan 48 kejadian, diikuti Selangor (33), Kuala Lumpur (30), Pahang (24), Kedah (23), Johor (16), Pulau Pinang (14), Melaka (13), Terengganu (11) dan Negeri Sembilan (9).
Perlis pula mencatat lapan kejadian, Sarawak (dua) manakala Sabah dan Labuan, masing-masing tiada kejadian direkodkan.
Sekolah menjadi lokasi kejadian jangkitan tertinggi dengan jumlah kumulatif setakat ini adalah sebanyak 213 kejadian, diikuti pratadika (16), institusi/kolej (10), rumah (6), pusat jagaan (4), tempat kerja dan penjara/pusat serenti, masing-masing satu kejadian.
Menurut KKM, tiada kes kematian dilaporkan daripada kesemua 251 kejadian yang dicatatkan itu.