Mengapa tiada tindakan terhadap Tajuddin berhubung kenyataan seksis, soal Ahli Parlimen

Mengapa tiada tindakan terhadap Tajuddin berhubung kenyataan seksis, soal Ahli Parlimen

Ia selepas Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) menyerang Ahli Parlimen pembangkang apabila dibidas kerana membuat kenyataan seksis.

Ahli Parlimen Pasir Salak Tajuddin Abdul Rahman menuduh Ahli Parlimen DAP wanita sebagai biadap dan tidak senonoh dan didakwa menggunakan kata-kata cacian selepas mematikan mikrofon semalam. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Ahli Parlimen pembangkang mempersoalkan mengapa tiada tindakan tegas diambil terhadap Tajuddin Abdul Rahman (BN-Pasir Salak) atas kelakuannya di Dewan Rakyat semalam.

Ia selepas Tajudin menyerang Ahli Parlimen pembangkang apabila dibidas kerana membuat kenyataan seksis. Wakil Umno itu menuduh Ahli Parlimen wanita DAP sebagai “biadap” dan “tidak senonoh”.

Dia juga didakwa menggunakan kata-kata kasar selepas mematikan mikrofon ketika kekecohan berterusan.

Hari ini, Lim Guan Eng (PH-Bagan) menggesa Speaker Azhar Harun untuk “segera” memanggil Tajuddin kerana kelakuannya, sambil berkata perkara itu melibatkan maruah Dewan Rakyat dan Ahli Parlimen wanita.

“Ini bukan bahan ketawa. Kita mesti menghormati maruah Dewan Rakyat dan Ahli Parlimen wanita,” katanya. “Speaker mesti betulkan yang salah.”

Beliau berkata, Tajudin adalah “memalukan” kerana menggunakan kata-kata cacian di Dewan Rakyat.

Lim turut disokong Steven Sim (PH-Bukit Mertajam), RSN Rayer (PH-Jelutong) dan Kasthuri Patto (PH-Batu Kawan), yang semuanya mengatakan tindakan Tajuddin tidak diprovokasi.

Azhar berkata beliau akan membincangkan perkara itu dengan Timbalan Speaker Rashid Hasnon yang mengendalikan persidangan ketika kejadian itu berlaku semalam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.